Namawee Buat Lagi, Video Sindir Di China

Petaling Jaya – Penyanyi rap yang kini menjadi penerbit filem Namewee menjadi perhatian media sosial dengan penerbitan sebuah video baharu.

Kali ini, video yang agak kurang kontroversi itu memberi fokus kepada pertandingan nyanyian dan Shila Amzah.

Video berdurasi enam minit itu berjudul ‘High Pitched’. Ia menampilkan Namewee membuat ‘persembahan’ di atas pentas dengan lirik yang menyindir sebuah rancangan pertandingan nyanyian di China. Shila pernah menjadi salah seorang peserta pertandingan itu dan terus mengukir nama di negara Tembok Besar itu.

Video berkenaan turut menampilkan beberapa klip Shila dan reaksi dramatik penonton dan juri-juri pertandingan berkenaan.

Ia berjaya mencatat lebih daripada dua juta ‘views’ di YouTube sejak ia dimuat naik pada 1 November.

Namewee mula popular pada 2007 dengan kontroversi lagu rapnya dengan gubahan dari lirik lagu kebangsaan Negaraku, yang mempunyai mesej anti-kerajaan.

Beliau memuat naik beberapa video lain sebelum menjadi pengarah untuk beberapa filem hit seperti ‘Nasi Lemak 2.0 dan ‘Hantu Gangster’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.