Mourinho : Chelsea Tidak Kebal

Liverpool – Pengurus Chelsea, Jose Mourinho enggan melayan pertanyaan berkenaan musim tanpa kalah selepas melihat pasukannya mengukuhkan kedudukan mereka di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-1 di Liverpool.

Jaringan Diego Costa minit ke-67 memberikan kemenangan kepada Chelsea di Anfield pada Sabtu, membantu pasukannya mengekalkan perlawanan liga tanpa kalah, seperti kekebalan Arsenal pada musim 2003-2004.

Tetapi Mourinho percaya bahawa kemungkinan pasukannya boleh mencontohi kegemilangan Arsenal dengan melalui musim keseluruhan tanpa kekalahan adalah khayalan.

“Tiada peluang,” katanya ketika ditanya mengenai prospek pasukannya mengelakkan sebarang kekalahan.

“Ada kemungkinan untuk muncul juara. Kami bermain untuk itu, tetapi dalam bola sepak moden saya tidak percaya untuk terus melalui musim tanpa sebarang kekalahan.

“Satu hari nanti kami akan kalah, tetapi permainan yang akan datang kami akan menang lagi. Kami akan bermain dengan buruk, tetapi kami juga akan memulihkan permainan kami kerana kami adalah pasukan yang kuat.

Kemenangan terbaru meletakkan Chelsea 15 mata di atas Liverpool, yang menduduki tempat naib juara dalam liga musim lalu.

Namun, Mourinho tidak bersedia untuk menolak ancaman kelab Brendan Rodgers itu atau berasa selesa untuk mencapai kejuaraan liga.

“Kami dalam keadaan yang baik dan kami telah bermain empat perlawanan di Manchester dan Liverpool… Di Everton, Liverpool, City, United, ia ialah perlawanan yang sukar. Tetapi itu hanya permulaan untuk bulan November..” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.