Mahahsiswa UM, Fahmi Zainol Ditahan Di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu – Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PPMUM) Fahmi Zainol dan sembilan lagi mahawaiswa di tahan di balai polis Kota Kinabalu, Sabah ketika sedang berucap dalam satu himpunan tanpa kebenaran di Jalan Gaya, di sini, hari ini.

Selain Fahmi, antara mahasiswa yang ditahan adalah dari UM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan Labuan.

Fahmi berkata beliau dihalang daripada memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku di Universiti Malaysa (UM) pada malam pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ’40 Tahun, Dari UM Ke Penjara’, 27 Oktober lalu.

Umum mengetahui Fahmi dan tujuh lagi rakan universitinya sedang menghadapi tindakan tatatertib dari UM selain turut dikenakan pendakwaan di bawah Akta Hasutan.

“Kami ditahan kira-kira jam 12 tengahari ketika kami sedang berpidato mengenai apa yang berlaku pada ceramah di UM.

“Ketika ini masih lagi berada di balai polis Kota Kinabalu menunggu untuk diambil keterangan.

“Memang ia sebahagian daripada aktiviti kita di Sabah sebelum kita berpidato, kita beri penerangan kepada rakyat mengenai reformasi, kebebasan akademik dan pemansuhan akta hasutan,” katanya.

Beliau berkata sambutan yang diberikan rakyat di Sabah ketika penerangan juga amat menggalakkan.

“Kita menerima maklumbalas yang baik, ramai juga yang mendengar penerangan kita, sebelum ditahan kita sempat mengedarkan risalah-risalah berkenaan dengan kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Hasutan,” katanya.

‎Jumaat lepas, Fahmi dilaporkan turut menjadi sebahagian daripada penganjur himpunan mahasiswa dihadapan pintu pagar utama Universiti Islam Malaysia (UIA) yang sedang menjalani pilihan raya kampus.

Himpunan itu menyebabkan pentadbiran UIA menutup bekalan elektrik UIA dan menutup pagar intsitut itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.