Isu Pondan: Jamil Khir Saran Pihak Berkuasa Agama Negeri Rayu Mahkamah Persekutuan

Kuala Lumpur – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyarankan Pihak Berkuasa Agama Negeri membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung isu transgender – lelaki Islam berpakaian seperti wanita.

Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.

Jamil Khir berkata, langkah itu (rayuan) bagi menjaga kepentingan agama Islam, selain ia melibatkan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

“Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Panel tiga hakim mahkamah tersebut memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan tiga lelaki Islam yang bekerja sebagai jurumekap pengantin iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; bagi diisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan.

Jamil Khir berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan memohon untuk mencelah dalam prosiding ini dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan kelak.

One thought on “Isu Pondan: Jamil Khir Saran Pihak Berkuasa Agama Negeri Rayu Mahkamah Persekutuan

  • February 7, 2015 at 6:29 pm
    Permalink

    sepatutnya.. kita d bwh kepimpinan islam meletakkan mahkamah syariah adalah mahkamah tertinggi utk yg beragama islam .. tidak ada mahkamah rayuan slps itu.. andai masih ada mahkamah tertinggi selain dr mahkamah syariah (utk yg beragama islam shj), andailah kata yang jadi hakim bkn beragama islam .. mcm mne kite nak mmpertahankan agama islam..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.