Dua Maut Nahas Helikopter Apache

Boise – Tentera Pengawal Kebangsaan (Army National Guard) berkata dua orang ketua pegawai waran dari Idaho terbunuh apabila helikopter Apache yang dinaiki mereka terhempas.

Menurut badan itu, kejadian berlaku ketika helikopter itu dalam misi latihan berhampiran dengan lapangan terbang di Boise.

Mangsa yang terlibat, Stien P. Gearhart, 50 dan Jon L. Hartway,43 yang terbunuh dilaporkan hanya berdua di dalam helikopter terbabit ketika kejadian.

Kedua-dua anggota tentera itu ditugaskan di Batalion Serangan Reconnaissance yang beribu pejabat di 1-183rd Gowen Field di Boise.

Gearhart tinggal di Meridian, Idaho, dan Hartway tinggal di Kuna, Idaho.

Jurucakap Kawalan Kebangsaan Kolonel Tim Marsano berkata keluarga kedua-dua mangsa itu meminta untuk diberikan privasi dan tidak mahu diganggu.

Punca kemalangan itu akan disiasat oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Helikopter terhempas petang Khamis kira-kira dua batu (3.2 kilometer) dari selatan pangkalan Pengawal Kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.