‘Cindai’ Versi Stacy Carca Marba

Kuala Lumpur – Penulis lirik lagu ‘Cindai’, Hairul Anuar Harun menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap penyampaian lagu itu yang dinyanyikan Stacy, pada Anugerah Skrin 2014 (ASK), malam tadi.

Menerusi akaun Facebooknya, dia memuat naik status: “hahaha…cindai dah jadi cib**…lirik ikut sedap mulut kau je…lantak korang la.”

Status berkenaan telah menarik perhatian sebahagian rakan FB yang bersetuju dengan kritikan pedasnya itu.

Rata-rata yang memberi komen turut tidak bersetuju dengan cara Stacy menyampaikan lagu tersebut, kerana penyanyi itu menyanyikan lirik yang salah.

Hairul Anuar turut mengkritik persembahan Stacy yang kononnya mahu menyuntik kelainan ketika menyampaikan lagu ‘Cindai’, sebagai tidak menjadi.

“Nak kelainan sgt kan? Hambik la, mmg lain la jadinya..,” demikian komennya.

Selain itu, ada juga rakan FB Hairul mendakwa, Stacy terlupa lirik dan bertindak ‘hentam kromo’ ketika menyanyikan lagu dendangan asal penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza itu.

Penulis lirik itu juga kesal, apabila karyanya yang sudah berusia 16 tahun itu seolah-olah diperlekehkan dan menganggap Stacy hanya mengambil mudah, ketika menyampaikan lagu berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.