2 Warga Singapura Maut Nahas Porsche

Kuala Lumpur – Seorang pelumba kereta Singapura bersama seorang rakannya yang bekerja sebagai jurufoto profesional maut dalam kemalangan di kilometer 3.9 lebuhraya Kuala Lumpur -Seremban awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Porsche dipercayai terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S. Markandan berkata pemandu, Kwok Kon Chun, 35 dan penumpang, Franco Toh, 43 dalam perjalanan pulang dari Sepang menghala ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian muka dan kepala.

“Siasatan awal mendapati kereta itu dipandu laju dan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahagian kanan dan merempuh besi penghadang jalan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan besi penghadang jalan menembusi cermin kereta.

“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan dipercayai keluarga kedua-dua mangsa akan tiba hari ini dari Singapura,” katanya.

Difahamkan Kon Chun pernah menyertai dan menjuarai kejohanan ‘Supercar Drag Race Dan Time-To-Attack’ di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.