Zahid saran KKDW berdikari, tak bergantung peruntukan kerajaan 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) disaran untuk berdikari atau mencari alternatif lain dan tidak terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan sepenuhnya.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu, adalah penting bagi setiap agensi di bawah KKDW untuk mengorak langkah ke arah kemandirian.

“Saya telah lontarkan awal tahun yang lalu iaitu kita perlu menukar hala tuju daripada berpaksikan ‘cost center’ kepada ‘profit center entities’.

“Namun, saya ulangi gesaan ini agar kita kekal fokus dan mencari jalan untuk berdikari dan menjana pendapatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata.

“Kita perlu memecahkan kebuntuan dan berfikir di luar kotak. Meskipun kita adalah agensi di bawah kerajaan, namun kita dan agensi lain seharusnya mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan semata-mata.

“Kita perlu berupaya membina sebuah organisasi berprestasi tinggi yang mampu melaksanakan lebih banyak projek pembangunan yang memberi manfaat besar kepada masyarakat desa,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulan Oktober Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah 2024 pada Rabu, lapor Utusan.

Selain itu, Zahid turut menggesa untuk mempercepat penggunaan Dashboard Komuniti Desa.

Jelasnya, Dashboard Komuniti Desa perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membolehkan akses kepada maklumat pertanian, pendidikan, latihan keusahawanan dan bantuan dapat dipercepatkan dan diperkasakan.

“Saya juga ingin melihat Dashboard Komuniti Desa dimanfaatkan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

“Saya yakin dengan penggunaan dashboard mereka akan lebih aktif, efektif dan menjalankan kerja dengan lebih berkesan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat