Mungkin Anwar Sebut Perkataan Barua Tanpa Sengaja – SU Politik PM

PETALING JAYA – Setiausaha Politik kepada perdana menteri, Mohd Zahid Md Arip bersangka baik dan menganggap Anwar Ibrahim menyebut perkataan “barua” tanpa sengaja, susulan tersebarnya video di mana presiden PKR itu menyebut perkataan itu merujuk Kongres Maruah Melayu.

“Saya juga melihat video itu dan saya memilih bersangka baik, saya tak fikir Anwar sebodoh dan sebebal itu.

“Untuk sebut perkataan yang dimaksudkan dengan barua, mungkin dia tersebut barua tanpa sengaja,” katanya dalam satu rakaman video yang dilihat FMT.

Video yang tular di media sosial menunjukkan Anwar berkata ” Biar dia (Dr Mahathir Mohamad), (sejak) kongres ‘barua’ ni semangat dia lain macam”.

Namun, tidak dapat dipastikan sebutan Anwar tersebut adalah benar-benar “barua” atau “maruah”.

Zahid berkata Anwar dan pemimpin lain perlu bercakap dengan jelas kerana jika tersalah sebut satu perkataan boleh menimbulkan salah faham.

“Dia bila salah satu huruf ini dia boleh menimbulkan masalah di lain hari.

“Jadi saya fikir ini gurauan dan walaupun gurau, saya ambil kesempatan ini untuk nasihatkan Anwar dan siapa-siapa sahaja supaya lain kali biar jelas sebutan itu supaya kita tak berperang,” katanya. – FMT

Berita berkaitan;

Video: SUA Anwar Berang Khairuddin Tuduh Anwar Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir

Isu Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir Adalah Politik Bangang – Anwar Ibrahim

Isu ‘Kongres Barua’: Mat Sabu Dakwa Tak Dengar Anwar Cakap Apa Kepada Mahathir

Lain-lain berita;

>> Setiausaha Politik Saya Hanya Dituduh Kes Rasuah, Tidak Bermakna Dia Salah – Dr Mahathir

>> Si Bapa Durjana Dihukum Sebat dan Penjara Kerana Rogol Anak Sendiri

>> Menteri Disaran Dapatkan Petua Turun Harga Minyak Daripada Anwar dan Rafizi

>> Pemuda India Sakit Hati Tengok Mahathir Membebel Tuduh Melayu Malas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.