Isu Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir Adalah Politik Bangang – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan gurauannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas sesi sidang media Ahad lalu yang videonya tular di media sosial sejak semalam telah diputarbelitkan.

Presiden PKR itu berkata dakwaan kononnya beliau memaki Dr Mahathir dalam isu ‘kongres barua’ yang hangat diperkatakan itu disifatkannya sebagai politik bangang yang sengaja dimainkan segelintir pihak.

“Itu semua dipanggil politik bangang. Jelas itu saya bergurau dengan PM (Dr Mahathir) dengan (Presiden Amanah) Mat Sabu demi menaikkan semangat maruah (Melayu)… ini semua picisan,” katanya, dipetik dari laporan Sinar Online, hari ini.

Semalam, Penyelaras PH bagi Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyelar kenyataan Anwar yang menurutnya telah menyebut perkataan ‘kongres barua’ selepas sesi sidang media yang turut disertai Dr Mahathir.

“Nampak sangat jatidiri Anwar Ibrahim amat rendah nilai pekertinya!! Tidak sesuai untuk dia sebut “kongres barua’ dalam sidang akhbar seperti itu!!

“Saya yakin perkataan ‘kongres barua’ yang dilontarkan oleh anwar ibrahim itu merujuk kepada Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan baru-baru ini!!

“Mungkin Anwar Ibrahim kecewa kerana tidak dijemput pada peringkat awal cuma mendapat jemputan di saat-saat akhir!!

“Kalau Anwar Ibrahim cuba hendak bergurau sekalipun; perkataan ‘barua’ tidak sesuai sama sekali disebut di hadapan seorang Perdana Menteri yang usianya lebih tua dari beliau,” kata Khairuddin yang turut memuatnaik video tersebut di laman Facebooknya.

Susulan dakwaan Khairuddin itu, Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah tampil menjelaskan Anwar langsung tidak menyebut perkataan ‘kongres barua’ di depan Dr Mahathir.

“Jangan jadi bodoh dan sila korek telinga. Sah-sah yang Datuk Seri Anwar sebut adalah ‘maruah’ bukan ‘barua’.

“Henti buat fitnah murahan. Tolong henti melagakan semua orang,” katanya, dipetik dari laporan MalaysiaGazette semalam. – SuaraTV

Berita berkaitan; Isu ‘Kongres Barua’: Mat Sabu Dakwa Tak Dengar Anwar Cakap Apa Kepada Mahathir

Berita berkaitan; Video: SUA Anwar Berang Khairuddin Tuduh Anwar Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir

Lain-lain berita;

>> Pemuda India Sakit Hati Tengok Mahathir Membebel Tuduh Melayu Malas

>> Lidah Mahathir Bercabang Tiga, Laung Selamat Negara Satu Pembohongan – Penasihat PKR

>> Menteri Disaran Dapatkan Petua Turun Harga Minyak Daripada Anwar dan Rafizi

>> Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

>> Puncanya Mansuh GST, Polisi Celaru dan Pelabur Lari, Kini Jual Aset Kerana Tiada Duit – Khalid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.