Isu ‘Kongres Barua’: Mat Sabu Dakwa Tak Dengar Anwar Cakap Apa Kepada Mahathir

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu mendakwa beliau tidak tahu dan tidak mendengar apa yang diucapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas selesai sesi sidang media Ahad lalu.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian selepas media mengajukan soalan di lobi Parlimen hari ini berhubung video viral di media sosial berkaitan isu Penyelaras PH bagi Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Anwar menyebut perkataan ‘kongres barua’ di depan Dr Mahathir.

“Saya tidak pasti perkataan itu, kena tanya pada Anwar. Rakaman daripada jauh, jadi kita tidak tahu apa yang disebut sebenarnya,” katanya, dipetik dari laporan Malaysia Gazette hari ini.

Beliau yang lebih popular dengan panggilan Mat Sabu turut mendakwa jaraknya dengan Anwar juga jauh ketika masing-masing keluar dari bilik mesyuarat selepas selesai sidang media itu.

“Kena semak dengan Anwar sendiri. Saya tidak dengar, video itu tunjuk pun saya tidak tahu apa dia kata. Masa keluar saya tidak dengar,” kata Mat Sabu lagi.

Dalam perkembangan sama, Anwar menjelaskan dalam video itu beliau sebenarnya sedang bergurau dengan Dr Mahathir dan Mat Sabu.

Anwar menafikan menyebut perkataan ‘kongres barua’ malah turut menyifatkan isu tersebut sengaja diputar belit oleh segelintir pihak yang mengamalkan politik bangang.

“Itu semua dipanggil politik bangang. Jelas itu saya bergurau dengan PM (Dr Mahathir) dengan (Presiden Amanah) Mat Sabu demi menaikkan semangat maruah (Melayu)… ini semua picisan,” katanya hari ini.

Semalam, Khairuddin mendakwa kenyataan Anwar yang menurutnya telah menyebut perkataan ‘kongres barua’ di depan Dr Mahathir menunjukkan Presiden PKR itu memiliki jatidiri yang amat rendah nilai pekertinya.

“Tidak sesuai untuk dia sebut “kongres barua’ dalam sidang akhbar seperti itu. Saya yakin perkataan ‘kongres barua’ yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim itu merujuk kepada Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan baru-baru ini.

“Kalau Anwar Ibrahim cuba hendak bergurau sekalipun; perkataan ‘barua’ tidak sesuai sama sekali disebut di hadapan seorang Perdana Menteri yang usianya lebih tua dari beliau,” kata Khairuddin yang diketahui umum merupakan penyokong setia Dr Mahathir. – SuaraTV

Berita berkaitan;

Video: SUA Anwar Berang Khairuddin Tuduh Anwar Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir

Isu Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir Adalah Politik Bangang – Anwar Ibrahim

Mungkin Anwar Sebut Perkataan Barua Tanpa Sengaja – SU Politik PM

Lain-lain berita;
>> Si Bapa Durjana Dihukum Sebat dan Penjara Kerana Rogol Anak Sendiri

>> Menteri Disaran Dapatkan Petua Turun Harga Minyak Daripada Anwar dan Rafizi

>> Pemuda India Sakit Hati Tengok Mahathir Membebel Tuduh Melayu Malas

>> Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

>> Kes Adib Tak Dapat Pembelaan Jika Peguam Negara Tidak Letak Jawatan – Mohd Fadzil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.