“Yang Disebar Hanya Sisi Buruk Saya….”

SHAH ALAM – Exco Melaka Norhizam Hassan Baktee meluahkan kekesalan berikutan video insiden yang memaparkan dirinya bertekak dengan sekumpulan penduduk sebuah taman perumahan berhubung isu penutupan sebuah jalan, menjadi tular hari ini.

“Yang disebarkan hanyalah sisi buruk saya, sisi saya mendengar atau memuji, menyokong atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan, tidak mengapa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam kenyataannya itu, Norhizam yang juga Exco pertanian, Pembangunan Usahawan & Industri Asas Tani Negeri Melaka menjelaskan bahawa kedatangannya ke Taman Akasia pagi tadi adalah untuk menyelesaikan kemelut penutupan jalan pintas berkenaan. 

Menurut ADUN Pengkalan Batu itu, sebenarnya pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah lama mencadangkan agar 

jalan pintas Taman Akasia-Kampung Pulau Nibong yang merupakan hak mutlak Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) ditutup untuk laluan kenderaan awam atas sebab tanah berkenaan adalah untuk kemudahan JPS bagi kerja-kerja infrastruktur dan penambahan baik kawasan sungai.

“Bagaimanapun atas persetujuan bersama dan demi kemudahan penduduk kampung Pulau Nibong & Kampung-kampung berhampiran, jalan milik JPS berkenaan diizinkan digunakan dengan beberapa syarat,” katanya.

Jelasnya, antara syarat tersebut adalah 

kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan tidak boleh memandu laju, kenderaan yang melalui dan menggunakan jalan berkenaan mestilah kenderaan ringan, jalan berkenaan tidak boleh digunakan sama sekali walau satu hala sekalipun jika air sungai naik, dan motosikal terutamanya tidak boleh menggunakan laluan berkenaan secara berbahaya.

“Sebagai wakil rakyat, saya mengharapkan agar syarat-syarat berkenaan dipatuhi kerana sudah menjadi tugas saya menjaga keharmonian sama ada penduduk kampung Pulau Nibong & kampung-kampung termasuk penduduk taman khususnya Taman Akasia bagi mengelakkan kekusutan & konflik dikemudian hari.

“Bagaimanapun, ia tidak berlaku & amat dikesali, kemalangan sama ada motosikal dan kereta semakin kerap berlaku, kecurian harta benda juga kerap berlaku hingga membawa kepada laporan polis oleh mangsa yang merupakan penduduk di Taman Akasia.

“Justeru, penyelesaiannya adalah menutup jalan berkenaan seperti yang dipersetujui MPHTJ bersama Jabatan serta agensi-agensi berkaitan lain,” jelasnya.

Terdahulu, video Norhizam yang bertekak dengan sekumpulan penduduk menjadi tular hari ini.

Video tersebut mengundang reaksi kurang senang netizen apabila sikap Norhizam yang seolah-olah berlagak ‘samseng’ kerana melabel penduduk berkenaan sebagai ‘tidak sekolah’. -SuaraTv 

One thought on ““Yang Disebar Hanya Sisi Buruk Saya….”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.