Wanita Terpaksa Merayu Pada Pemimpin UMNO, Selepas Diabaikan MP Pakatan

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang sedang dalam kesusahan terpaksa merayu kepada Pemimpin UMNO, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusoff untuk diberikan bantuan selepas rayuannya diabaikan oleh Ahli Parlimen (MP) Pakatan Harapan (PH).

Perbualan antara wanita susah itu yang bernama Saadiah Aliba dengan pemimpin tersebut di mana anaknya sedang sakit jangkitan Tangan, kaki dan Mulut  (HFMD) dipaparkan di laman sosial Facebook.

Saadiah yang berasal dari Kampung Tanjung Dawai, Kulim, bersungguh meminta bantuan walaupun dalam jumlah yang kecil kerana sudah tidak tahan menanggung beban dugaan yang dihadapinya.

Malah, beliau turut diberi cadangan untuk menghubungi MP Merbok dan MP Tanjung Dawai mengenai bantuan yang dapat diterima olehnya.

Namun, semuanya hampa kerana kedua-dua MP tersebut enggan melayan masalah Saadiah dengan memberi alasan sibuk membuat persiapan dan bantuan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Untuk rekod, hari ini merupakan hari pengundian awal dan PRK PD merupakan saingan tujuh penjuru manakala, parti Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon sebagai tanda boikot.

One thought on “Wanita Terpaksa Merayu Pada Pemimpin UMNO, Selepas Diabaikan MP Pakatan

  • October 11, 2018 at 7:15 am
    Permalink

    Terus Berjuang! Tatap UMNO!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.