Wanita Kecewa Dibuang Kerja Selepas Undi Pakatan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita menerusi Facebook kesal dengan pentadbiran Pakatan Harapan yang dipilihnya sebelum ini yang mengakibatkannya kehilangan kerja tidak lama lagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, Alice Tan memilih parti itu dengan harapan Malaysia akan menjadi lebih baik sesuai dengan slogan parti itu namun yang berlaku adalah sebaliknya.

“Hari ini, 9 Oktober, lima bulan selepas 9 Mei 2018. Saya mengundi untuk Malaysia yanglebih baik, namun malangnya saya bakal kehilangan kerja tidak lama lagi. Saya tidak mengundi untuk hilang kerja,” katanya.

Alice turut menyertakan tanda pagar #save20000jobs  (#selamatkan20000pekerja).

Terdahulu Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini pada  satu persidangan pelabur berkata kerajaan akan meneruskan MRT 2 namun akan mengurangkan kos pembinaan.

Katanya ini bertujuan untuk membantu membaiki kedudukan liabiliti kerajaan.

Posting Alice yang disertakan dengan gambar tangannya selepas mengundi lima bulan yang lalu telah dikongsikan lebih 1000 pengguna Facebook.

Konsortium MMC-Gamuda sebelum ini berkata penamatan kontrak untuk membina bahagian bawah tanah projek MTR 2 akan mengakibatkan kehilangan serta-merta pekerjaan lebih 20,000 orang yang terlibat dalam projek itu daripada rangkaian perbekalan melibatkan lebih 600 syarikat tempatan.

Lebih 60 peratus mereka yang hilang pekerjaan itu terdiri daripada Bumiputera. Sebahagian saham MMC dan Gamuda dimiliki KWSP, KWAP, PNB, Amanah Raya serta Tabung Haji. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.