VIDEO: ”Saya Tak Nak Cakap Dengan Orang Yang Tak Sekolah”

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (EXCO) Negeri Melaka sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila sebuah video tular memaparkan dirinya bertekak dengan sejumlah penduduk sebuah taman di negeri itu dengan mengatakan tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak sekolah.

Norhizam Hassan Baktee dilihat bertelagah dengan sekumpulan penduduk sebuah taman yang dilabel sebagai tidak sekolah bersabit isu penutupan sebuah jalan yang bakal menimbulkan kesulitan kepada penduduk di taman tersebut juga taman-taman lain.

Dengan nada tinggi, Norhizam memberitahu tindakannya mahu menutup jalan itu adalah demi keselamatan anak-anak penduduk taman itu jika terdapat kenderaan yang lalu di jalan tersebut.

Norhizam juga dilihat memarahi penduduk-penduduk taman tersebut kerana enggan mendengar cakapnya kerap kali mengeluarkan perkataan seperti menggugut ‘awak siapa!’.

Seorang penduduk dilihat cuba menyerahkan sepucuk surat dari kerajaan negeri bertarikh 7 Oktober sebagai surat pertimbangan untuk menggunakan jalan taman itu namun, Norhizam berkeras enggan melayan memandangkan tarikh surat rasmi itu telah lepas.

Selain itu, Norhizam turut enggan melayan rayuan penduduk taman itu berikutan perbezaan parti politik yang dipegang oleh penduduk-penduduk terbabit.

Perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian penggunaan jalan tersebut tidak dapat dicapai apabila dia enggan lagi bertoleransi dengan penduduk taman dan mengarahkan jalan tersebut ditutup serta-merta.

Norhizam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri terkenal sebagai ADUN ‘taiko’ dan samseng berikutan caranya yang kerap kali menggunakan kekerasan dan kata-kata yang keras terhadap orang awam.

Sebelum ini timbul isu pergaduhan antara Nohizam dan nelayan-nelayan di sebuah perkampungan nelayan mengenai pemasangan bendera parti politik pembangkang dan bukannya bendera parti Pakatan Harapan yang akhirnya menimbulkan kemarahan nelayan-nelayan.

Kes lain yang turut membabitkan namanya adalah penyalahgunaan kuasa apabila dia bertindak menggeledah sebuah stor penyimpanan baja di Sungai Rambai, Jasin, pada 29 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam pada 29 Ogos lalu itu, Norhizam bersama-sama 15 orang dan dua anggota polis datang ke stor penyimpanan baja untuk sawah di Parit Penghulu Blok F dengan tujuan membuka pintu stor.

 

Baca berita lain DISINI.

2 thoughts on “VIDEO: ”Saya Tak Nak Cakap Dengan Orang Yang Tak Sekolah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.