Tiga Daerah Di Kedah Dilanda Banjir

SERAMAI 335 orang dari tiga daerah di Kedah dipindahkan ke sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat ini.

Ia selepas hujan lebat berterusan menyebabkan kawasan penempatan mereka dinaiki air, sejak semalam.

Penduduk terbabit dari Baling, Kota Setar dan Kubang Pasu.

Seramai 133 mangsa di Baling ditempatkan di lima PPS, manakala

174 mangsa di Kota Setar (tiga PPS), dan 28 orang di Kubang Pasu pula ditempatkan di satu PPS.

Terkini di Baling, hujan lebat menyebabkan 10 rumah di Kampung Haji Abas dinaiki air dari 0.5 meter (m) hingga 0.7 m, selepas Sungai Ketil melimpah, pagi ini.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada PPS dibuka untuk menempatkan mangsa.

Seorang penduduk kampung berkenaan, Abd Muin Ahmad, 73, berkata, air mula masuk ke dalam rumahnya jam 8 pagi.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru pulang dari kebunnya dan terkejut apabila melihat rumah sudah dimasuki air.

“Sudah tiga kali air masuk rumah dalam tempoh seminggu menyebabkan banyak barang rosak.

“Ini kejadian terburuk menimpa penduduk kampung kerana air naik dengan cepat. Saya hanya sempat menyelamatkan beberapa barangan sahaja,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.