VIDEO: Pemandu Lori Kontena Suruh Mahathir Letak Jawatan Sebab……

SHAH ALAM – Tular sebuah klip video seorang pemandu lori yang menyuarakan kegusarannya mengenai tahap ekonomi negara, gara-gara melihat situasi di Pelabuhan Klang yang tidak sesibuk dahulu.

Pemandu lori itu berkata, situasi ‘lengang’ di Pelabuhan Klang sehingga ruangan yang menempatkan kontena kebanyakannya kini kosong, seolah-olah memberi gambaran bahawa ekonomi negara berada di tahap yang tidak baik.

“Zaman DS Najib, kontena tepi deck (dek) ni tak pernah kosong. Yang tengah-tengah tu beratur nak masuk discharge dalam port.. Tapi zaman Mahathir, inilah rupa port. Langsung tak ada kapal. Kalau ada pun yang kecil-kecil saja.

“Ini kita boleh tanya pada Lim Guan Eng dan Mahathir. Apa jadi dengan ekonomi negara sekarang.

“Sebab pakcik pemandu lori. Pakcik ni orang yang pertama yang dapat rasakan import eksport ni (dalam keadaan) baik atau tak baik,” katanya dalam klip video itu.

Justeru, beliau mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri susulan dilihat gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik.

“Letak jawatan lah Mahathir.. bubar parlimen, bubar kerajaan, buat PRU15. Westport ni awak punya share banyak, tapi awak buat diam saja,” katanya lagi.

Akhbar Singapura, The Straits Times sebelum ini pernah melaporkan beberapa syarikat perkapalan besar yang beroperasi di Pelabuhan Klang berpindah ke negara itu dan mengadakan perjanjian pakatan perkapalan baharu.

Pelabuhan Klang mengalami impak besar daripada perjanjian pakatan baharu itu yang disertai syarikat perkapalan gergasi United Arab Shipping Company (UASC), kumpulan perkapalan Perancis, CMA-CGM dan Cosco Shipping milik kerajaan China.

Secara tidak langsung, prestasi pelabuhan ini mempunyai kesan langsung terhadap kos barangan kepada pengguna. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.