Lagi Pengundi PH Menangis Kena Buang Kerja

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita, Hasnah Ahmad meluahkan rasa tertekan melalui laman Facebooknya apabila kehilangan pekerjaannya berkaitan dengan Projek Transit Aliran Massa (MRT2) selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan pembatalan kontrak kerja pembinaan bawah tanah bagi projek tersebut kelmarin.

Hasnah sebelum ini mahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdahulu di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ditumbangkan atas alasan terlalu membazir dan membebankan rakyat termasuklah mengatakan ramai Menteri telah dipecat kerana salah kuasa.

Banyak status yang dikongsi oleh Hasnah menerusi Facebooknya mengenai mahukan kerajaan BN tidak lagi memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuklah status yang bertarikh 10 May.

Dia memuat naik status kecewa kerana sumber pendapatan untuk membesarkan seorang anaknya yang berusia lima tahun sudah hilang memandangkan projek itu adalah sumber utama pendapatannya.

Bahkan, wanita itu seakan sudah berputus ada mahu meneruskan hidup selepas kehilangan perkerjaan disebabkan tindakan kerajaan PH sedangkan dirinya adalah antara berjuta rakyat yang telah memilih dan membuat keputusan untuk ‘Malaysia Baru’.

Status Hasnah itu telah dikongsi di Facebook oleh netizen dengan kata-kata mendakwa kehilangan pekerjaannya adalah kerana tidak bersyukur dengan kemudahan dan kesenangan yang diberikan oleh kerajaan dahulu.

 

One thought on “Lagi Pengundi PH Menangis Kena Buang Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.