Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan memberitahu, sehubungan itu, tidak ada keperluan untuk menduduki semula kertas yang didakwa terlibat kerana PT3 dilaksanakan secara pentaksiran pusat.

Ibu bapa, penjaga dan murid tidak perlu bimbang berkaitan perkara ini.

“Pihak sekolah telah melaksanakan PT3 berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh lembaga dengan penyeliaan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah,” katanya di sini hari ini.

Ujian bertulis PT3 dilaksanakan pada 1 hingga 4 Oktober lalu.

Terdapat khabar angin yang tular menyatakan instrumen Bahasa Inggeris, Mathematics, Science dan Kemahiran Hidup Bersepadu telah bocor.

Berikutan itu, calon didakwa dikehendaki menduduki semula kertas tersebut. – UTUSAN ONLINE