Jangan Melatah Dengan Istilah ‘Artis Sendu’ – Vida

PETALING JAYA – Gara-gara dikecam hebat kerana istilah ‘sendu’, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) meminta artis lain supaya tidak cepat melatah dengan kenyataan tersebut.

“Jangan salah tafsir istilah ‘sendu’ yang saya maksudkan. Saya tak maksudkan ‘sendu’ tu bermakna anda bukan siapa-siapa.

“Ia merujuk kepada perbezaan anda dari zaman kegemilangan dan setelah anda tak gemilang. Kenapa nak terasa?,” katanya kepada mStar Online.

Malah, Vida turut menggesa orang ramai supaya membetulkan istilah yang digunakannya itu jika ia salah.

“Kalau artis tu dah lama tak menyanyi, lama menyepi, lama menghilang dan lama tak muncul TV apa istilahnya tu?

“Kalau saya salah, tolong betulkan. Bagi saya jawapannya,” kata pengasas produk Qu Puteh itu.

Pada Ahad, Vida menegaskan beliau tiada sebarang niat untuk membuli artis demi kepentingan diri sendiri sebagaimana didakwa penyanyi Aishah

Sebaliknya, Vida berkata program realiti popular itu diadakan bertujuan untuk mengangkat martabat artis yang ‘sendu’.

Penggunaan istilah ‘sendu’ yang diberikan Vida terhadap peserta program GV turut mendapat perhatian beberapa artis.

Antaranya, penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris yang memberitahu berkecil hati dengan kenyataan itu.

“Apa nii…? GV untuk artis sendu naik balik… Astaghfirullah… desperate ke artis lama masuk GV…? Kecik hati saya,” tulis Noraniza dalam satu posting di Instagram miliknya pada Isnin.

Posting tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya dan beberapa artis terkenal termasuk Fauziah Latif.

“@datoserivida Mind your language and please have a respect for yourself and to other as well!!! Thank u kak ani,” tulisnya pada ruangan komen posting tersebut. – mstar

2 thoughts on “Jangan Melatah Dengan Istilah ‘Artis Sendu’ – Vida

  • October 9, 2018 at 9:47 pm
    Permalink

    kepuh lebih?? tk sedar diri?? ? teruk buruk sgt perangai?? ambil lah piala nk menang sgt?? salah sendiri tak ngaku.. kak asiah kami sokong dan sedih apa yg terjadi?? jgn ngaku kalah tuntut hak dan jgn tunduk layan dia tu??? suka buat hal nk laku nama?? poorah haprak!!!

    Reply
  • October 9, 2018 at 9:51 pm
    Permalink

    buruk perangai..!!! auta kari!! tipu aniaya orang?? kalau tiada duit .. nak taja konon??? musyrik !!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.