VIDEO: Datuk Vida Mahu Bersemuka Dengan Aishah, “Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih”

Oleh: Shuhaniza Said

PETALING JAYA – Enggan terus diselubungi kemelut berpanjangan bersabit isu ‘hadiah barang kemas yang didakwa palsu’, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengajak penyanyi Aishah agar bersemuka bagi menyelesaikan pertikaian mengenai perkara berkenaan.

“Berjumpa bersemuka seperti dahulu. Saya juga berkeinginan sebab saya pun nak berjumpa beliau. Berkali-kali saya minta untuk berjumpa,” katanya dalam sidang media khas bagi menjelaskan isu ‘barang kemas palsu’ yang diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Penjelasan DSV ini susulan daripada tindakan Aishah yang menghantar surat tuntutan kepadanya baru-baru ini.

Dalam surat tuntutan tersebut, Aishah memberi tempoh tujuh hari kepada DSV untuk membuat permohonan maaf secara terbuka serta seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan.

Menjawab mengenai tuntutan Aishah itu, kata DSV, pihaknya bersedia memenuhi tuntutan berkenaan, namun pihak penyanyi itu juga perlu memenuhi tiga tuntutan yang dikemukakan oleh beliau. 

Peguam yang mewakili DSV, Zailan Mohamed berkata Aishah juga perlu membuat permohonan maaf susulan menuduh anak guamnya (DAV) memberi hadiah berupa berlian palsu.

“Pertama, anak guam tuan membuat pernyataan permohonan maaf kepada anak guam kami berhubung di penggunaan perkataan berlian palsu terhadap pemberian berlian yang diberikan oleh anak kami kepada anak guam tuan.

“Kedua, kedua-dua pihak perlu mengadakan pertemuan bersemuka bagi menyelasaikan kemelut tersebut.

“Ketiga anak guam tuan hendaklah padamkan kenyataan di media massa berkaitan isu tersebut,” kata peguam itu membacakan isi kandungan surat tuntutan yang dihantar kepada Aishah. 

Ujar Zailan, surat tuntutan kepada Aishah sudah dihantar hari ini.

Dalam pada itu DSV berkata beliau juga dengan rendah hati memohon maaf kerana pernah mengeluarkan kenyataan agar gelaran Juara Gegar Vaganza milik Aishah ditarik balik.

“Saya pun ada angin juga. Mulut geram.. itu yang sampai terterbit perkataan itu. Itu saya minta maaf.. saya ni berniaga.. tak puas ati jumpa saya,” katanya.

Namun DSV tetap bertegas Juara Gegar Vaganza musim keempat itu tetap perlu membuat permohonan maaf kepada beliau kerana sudah mencemarkan reputasinya melalui kenyataan ‘barang kemas palsu’ sebelum ini.

“Aishah kena minta maaf dulu dok sebut palsu aja.. 

“Saya tak faham di mana letaknya palsu.

Sudah la kita bagi, perkataan palsu tu impactya apa? Kepada perniagaan saya. 

“Kedai emas saya effect teruk sekali. Tak pasal-pasal sebab satu perkataan itu. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” kata DSV lagi. -SuaraTv 

2 thoughts on “VIDEO: Datuk Vida Mahu Bersemuka Dengan Aishah, “Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih”

  • October 9, 2018 at 7:07 pm
    Permalink

    usah lah taja kalau duit tiada??? tipu sama tipu sini salahkan org lain?? walhal salah sendiri tak tau??? jgn ingin artis ni mudah main2 kan??? awak bolih off jer vaganza ke .. avanza ker..apa jer lah!!!@ haprak !!!! kememe..gembeng!!! bawang Kantan lebih????

    Reply
  • October 12, 2018 at 5:09 am
    Permalink

    bongkak takbur bodoh sombong..tk akui salah sendiri??? biar aishah tuntut melalui mahkamah!!! ingat senang2 tipu artis?? kalau kau rasa tk salah … lawanlah..takut apa nya?? biar jadi pengajaran untuk org2 yg rasa diri tu hebat sangat lagi berkuasa?,? langit tu tinggi???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.