Dakwaan Liwat Warga Indonesia: Anwar Beri Keterangan Rabu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan keterangan berhubung isu liwat melibatkan seorang warga Indonesia di Singapura pada Rabu ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor.

“Sehingga sekarang Datuk Seri Anwar belum kita dapat ambil keterangan dia lagi. Memandangkan dia sibuk berkempen.

“Tetapi saya dimaklumkan oleh wakil beliau, memang dia akan beri kerjasama pada polis untuk diambil keterangan.

“Keterangan Datuk Seri Anwar akan diambil sebelum hari mengundi di PRK Port Dickson. Saya dimaklumkan oleh wakil beliau, Datuk Seri Anwar akan beri kerjasama sebelum hari mengundi 13 Oktober depan,” katanya ketika ditemui media setelah meninjau perkembangan proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson sebentar tadi.

Terdahulu Anwar Jumaat bagi mendapatkan keterangan berhubung status kontroversi dimuat naik Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Status itu mendakwa Anwar disiasat pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara tersebut.

Sehingga kini polis sudah memanggil mengambil keterangan empat individu antaranya, Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan dua lagi daripada agensi media tempatan dan Singapura termasuk Lokman sendiri.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.