Anak Buah Rafizi Sebar Fitnah, Kata MP Segamat

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Segamat R. Santhara Kumar membuat laporan polis terhadap seorang petugas Invoke yang dikendalikan oleh Rafizi Ramli atas sebab memfitnahnya.

Katanya, pengguna Facebook Zulimran Nasution Abdullah Omar mendakwanya menjadi dalamg terhadap kemunculan Saiful Bukhari Azlan di Parlimen Port Dickson untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Selain itu beliau juga dituduh menjadi orngkhianat masyarakat India. 

“Pada 7 Oktober saya mendapat tahu mengatakan ada satu artikel di laman sosial telah memfitnah saya pada 8 Oktober lebih kurang 11 pagi saya berada di rumah ada satu akaun Facebook kata saya pengkhianat orang masyarakat India 

“Sekali lagi selepas itu saya dikatakan dalang Saifuk Bukhari bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson untuk menetang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya berdasarkan laporan polis yang dibuatnya pada 8 Oktober. 

Badrul Hisham Syaharin yang merupakan bekas ketua Angkatan Muda (AMK) PKR kemudian menyifatkan fitnah dalam parti itu semakin berleluasa ekoran pemilihan parti. 

“Fitnah berleluasa dalam pemilihan PKR , budak Invoke dikatakan fitnah Dr.Santhara dari kem kartel Azmin (Timbalan Lresiden PKR).

“Nampaknya Pemilihan PKR 2018 makin teruk dari penipuan (manipulasi) proses pengundian sehingga fitnah tanpa asas. Jika ini didiamkan maka hancur harapan perubahan,” katanya.-SuaraTv

One thought on “Anak Buah Rafizi Sebar Fitnah, Kata MP Segamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.