Adakah Kroni Saya Adalah Rakyat? Soal Najib

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Gamuda -MMC yang menerima tender terbuka memberikan manfaat kembali kepada rakyat, bukan khusus untuk kroninya. 

Ujarnya, tindakannya mempertahankan projek MRT2 yang bakal memberi kesan buruk kepada seramai 20,000 pekerja bukan demi kepentingannya sebaliknya untuk rakyat.  

Najib menjelaskan bahawa antara pemegang saham Gamuda adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KWAP, Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Saya lihat ada yang mengkritik saya apabila saya meluahkan kesedihan pakej MRT2 yang diperolehi Gamuda-MMC secara tender terbuka ditarik balik di mana 20,000 pekerja dan 600 lagi syarikat tempatan akan hilang punca pendapatan begitu sahaja.

“Mereka menuduh Gamuda ini kroni saya atau kroni UMNO,” tulisnya di Facebook.

“Ini ialah senarai 30 pemegang saham terbesar Gamuda. Adakah kroni saya KWSP, PNB, KWAP, unit amanah swasta ataupun syarikat insuran hayat?

“Tidak.  Semua ini akhirnya dipegang oleh rakyat dan manfaat dipulangkan kepada rakyat sendiri,” tambahnya. 

Untuk rekod, keputusan kerajaan melaksanakan semula tender kerja bawah tanah projek Mass Transit Line 2 (MRT2), bagi kerja yang belum selesai menerusi proses tender terbuka antarabangsa akan menjejaskan lebih 20,000 tenaga kerja.

Kerajaan akan menamatkan kontrak  Gamuda -MMC yang dalam masa yang sama turut akan menjejaskan lebih dari 600 syarikat dari rantaian sokongan yang terbabit.

Daripada angka itu, lebih daripada 3,000 pekerja terdiri daripada kakitangan MMC Gamuda JV, lebih daripada 60 peratus daripada mereka adalah Bumiputera.

Najib menambah, pemilihan Gamuda -MMC adalah kerana  syarikat itu berjaya mengatasi dua syarikat gergasi China, Korea dan Jepun menerusi kebolehannya pada aspek teknikal l yang terbaik dan harga yang termurah.

Justeru belum tentu katanya kos MRT2 akan dapat dikurangkan jika tender dibuat semula.-SuaraTv

One thought on “Adakah Kroni Saya Adalah Rakyat? Soal Najib

  • October 9, 2018 at 7:09 pm
    Permalink

    apa 2 jer lah… 2×5..5×2… rosak dah….musnah…. usah raih simpati????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.