Video: Kejadian Mistik Di Sekolah Yang Dirakam CCTV Jadi Tular

Sebuah CCTV di sebuah sekolah Deerpark CBS yang berada di Cork, Ireland berjaya merakam satu visual mistik di sebuah koridor sekolah pada tengah malam.

Pada awal rakaman video tersebut, kelihatan serta kedengaran pintu dipukul dengan kuat dan kemudian muncul kelibat cahaya di sebalik pintu.

Beberapa saat selepas itu, ‘loker’ di kawasan tersebut bergerak sendiri.

Keadaan tersebut bertambah aneh, apabila buku-buku serta kertas-kertas jatuh ke lantai dan ketika di akhir rakaman, pintu tandas terbuka seperti ditendang.

Video tersebut menjadi tular di Youtube dan menerima pelbagai komen dari netizen. Ia ditonton lebih 4.3 juta kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.