Undi Protes Bermakna Hukuman Mati Di Korea Utara

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 8 Oktober 2017

Bertentangan dengan tanggapan orang ramai, Korea Utara ada mengadakan pilihan raya setiap 5 tahun.

Itulah sebabnya nama rasmi mereka ialah Republik Rakyat Demokratik Korea atau DPRK (Democratic People’s Republic of Korea).

Sama seperti Parti Tindakan Demokratik Malaysia dipanggil DAP.

Di Korea Utara, hanya satu calon sahaja yang ada dalam kertas undi – bermakna anda hanya boleh mengundi satu nama.

Pilihan raya kononnya dijalankan melalui undi rahsia.

Walau bagaimanapun, jika anda membantah untuk mengundi nama ini maka anda boleh memilih untuk tidak memangkah nama itu pada kertas undi dan meletakkan undi protes anda di dalam kotak yang berasingan.

Mereka yang meletakkan undi mereka di dalam kotak berasingan ini kemudiannya akan dicap sebagai pengkhianat dan ditembak.

Undi adalah mandatori dalam pilihan raya Korea Utara dan kadar orang yang turun mengundi hampir 100%.

Jika anda tidak mengundi maka mereka akan memburu anda dan mengatakan anda sebagai pengkhianat dan ditembak.

Pilihan raya Korea Utara yang terakhir diadakan pada bulan Mac 2014 di mana diktator Kim Jung Un memenangi 100% undi.

Dalam perkembangan yang sama sekali tidak berkaitan, pemilihan semula CEC DAP dijadualkan untuk dijalankan pada 12 November 2017.

—–

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2577190/Theres-Un-winner-North-Korean-dictator-Kim-Jong-Un-wins-election-100-turnout-helpfully-one-ballot-paper.html

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.