Umur Muda Tapi Muka ‘Nenek’

Sudah menjadi lumrah wanita seringkali ingin kelihatan cantik dan berusaha untuk menjaga kecantikan agar tampak lebih muda tapi tidak bagi seorang wanita di Minneapolis, Amerika Syarikat.

Wanita yang dikenali sebagai Sara Geurts ini baru berusia 26 tahun namun dia memiliki wajah seakan seorang ‘nenek’ yang berusia 60 tahun.

Fenomena ini berlaku kerana dia menderita penyakit sindrom Ehlers-Danlos Dermatosparaxis (EDS) iaitu kondisi genetik yang mengakibatkan kulitnya menjadi terlalu longgar untuk seumur hidupnya.

Ekoran daripada keadaan kulitnya itu, dia seringkali menjadi sasaran ejekan dan makian masyarakat.

Namun pada tahun 2015, semuanya berubah apabila Sara mengirimkan gambarnya ke ‘Love Your Lines’ yang merupakan sebuah halaman tumblr yang mendorong wanita untuk menerima kekurangan diri mereka.

Sara begitu terharu apabila menerima komen-komen positif dari netizen dan gambar tersebut telah menerima 25,000 `like’. Kini Sara telah menjadi seorang model.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.