Resepsi Majlis Pernikahan Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Di Bandung Yang Sangat Meriah

Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran mengadakan resepsi pernikahan kedua di Intercontinental Bandung, Jawa Barat pada Ahad lalu.

Majlis ini tepat satu bulan sejak akad nikah dan majlis perkahwinan mereka diadakan di Kuala Lumpur.

Berita tentang resepsi perkahwinan kedua Laudya dan Engku Emran membuatkan peminat tertanya-tanya, sama ada majlis tersebut akan diadakan di Bandung atau Jakarta.

Namun sebelum itu terdapat undangan jemputan yang menunjukkan pasangan wanita yang berlainan negara itu akan mengadakan majlis di Kota Bunga.

Pada undangan tersebut tertulis acara akan bermula pukul 17:00 hingga 21:30 waktu Indonesia.

Instagram @lambe_lamis ()

Di hari pernikahan dan resepsi mereka di Kuala Lumpur, Laudya Cynthia Bella menjadi tumpuan ramai peminat.

Penampilan Bella ketika di pelaminan ketika itu menjadi perbincangan hangat oleh netizen.

Ramai yang mengatakan solekan bekas kekasih Raffi Ahmad itu tidak memuaskan dan tidak sesuai dengannya.

Malah sahabat Bella, Melly Goeslaw memberi amaran kepada peminat untuk tidak mengutuk penampilan Bella pada masa itu.

Jadi bagaimana pula penampilan Laudya Cynthia Bella dan suaminya di resepsi pernikahan kedua ini?

Bintang filem Syurga yang Tak Dirindukan itu mengenakan busana berwarna cream.

Sangat sepadan dengan isterinya, Engku Emran juga kelihatan menarik dengan kot coklat,kemeja putih, dan tali leher hitam.

Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran

Ramai seniman yang dilihat menghadiri majlis yang diadakan malam itu. Inilah Antara gambar dan video resepsi pernikahan kedua Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran:

 

Instagram/weddingtrendingupdate
Instagram/weddingtrendingupdate ()
Instagram/weddingtrendingupdate
Instagram/weddingtrendingupdate ()
Instagram/weddingtrendingupdate
Instagram/weddingtrendingupdate ()
Instagram/weddingtrendingupdate
Instagram/weddingtrendingupdate ()
Instagram/weddingtrendingupdate
Instagram/weddingtrendingupdate ()
Instagram/weddingtrendingupdate
Instagram/weddingtrendingupdate ()

 

Selepas malam resepsi tersebut , Laudya Cynthia Bella sedih membaca ucapan dari sahabatnya, Melly Goeslaw. Yang membuat Bella sedih kerana berasa kehilangan Melly setelah Bella rasminya menjadi isteri kepada Emran.

Dia turut menulis dalam ucapannya:
“Perjalanan cintamu terlalu kejam dan sangat menyakitkan, sampai ibu sendiri tidak sanggup  rasanya jika hal itu menimpa ibu.,” tulis Melly.

Melly sudah menganggap Bella seperti anaknya sendiri. DIa merasa bersyukur Engku Emran menjadi hadiah terindah dari Tuhan buat Bella.

Dalam tulisan itu, Melly juga memberikan pesanan yang mendalam kepada Emran. Penyanyi berhijab ini meminta Emran untuk mencintai Bella kerana Allah, bukan kerana kecantikan dan kariernya.

“Teruntuk @iamkumbre cintailah anak ku bukan sebagai Laudya Cynthia Bella, bukan kerana dia cantik, bukan kerana kariernya, cintailah dia kerana memang dia yang Allah pilih untuk kamu,” tulis Melly.

Di akhir tulisannya, Melly sangat yakin bahawa Emran merupakan lelaki terbaik untuk Bella.

Pesan mendalam dan nasihat yang disampaikan Melly Goeslaw ini berjaya membuat Bella tersentuh hati.

Di akhir ungkapan Melly, Bella menulis “#loveyouibu @melly_goeslaw!!

Kata-kata yang sangat menyentuh..”

 

Inilah  yang ditulis Melly Goeslaw untuk Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran :

“Ibu kehilanganmu sayang.

Walau kamu bukan darah dagingku.

Tapi kamu sudah seperti anakku sendiri.

Perjalanan cintamu terlalu kejam dan sangat menyakitkan, sampai ibu sendiri tidak sanggup  rasanya jika hal itu menimpa ibu.

Tapi kamu selalu hadapi dengan senyum  walaupun ketika kita berdua berbual kamu sangat kuat.

Berbagai fitnah dan kata kata kasar tertuju kepadamu saat kita buat bbb story.

Kamu tetap jalankan tugasmu dgn profesional dan tetap senyum.

Ibu kadang berfikir terbuat dari apa ya hatimu ?

Satu hal yg ibu yakini bahaw Allah sedang siapkan kejutan  buat kamu. Inilah hadiah dari Allah seorang lelaki beriman, dan gadis kecil yang sangat mencintaimu.

Teruntuk @iamkumbre cintailah anak ku bukan sbg Laudya Cynthia Bella, bukan keran dia cantik, bukan kerana dia kerjayanya,  cintailah dia karena memang dia yang Allah pilih untuk kamu.

Jaga baik2 anugerah indah ini.

Berlayar dilautan rumah tangga pastilah akan berombak.

Tp saya yakin kamu nahkoda terbaik untuk keluargamu. Amiiiiiiiin YRA #loveyoubella”
laudyacynthiabella
instagram.com/laudyacynthiabella

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.