Pusat Tahfiz Di Klang Hangus Terbakar

PETALING JAYA – Kejadian kebakaran melibatkan asrama penginapan pusat tahfiz berlaku sekali lagi, kali ini menyaksikan Pusat Tahfiz al-Quran Fahd Ikhlas Enterprise di Klang, Selangor hangus dijilat api, petang Isnin.

Jurucakap Bomba Selangor berkata, kebakaran itu melibatkan asrama tahfiz dua tingkat yang terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2.41 petang dan api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian.

Difahamkan, ruang berkeluasan hampir 232 meter persegi di tingkat atas bangunan tersebut hangus sepenuhnya.

Seramai 20 anggota dari tiga balai bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Tiga balai tersebut adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, BBP Kota Raja dan BBP Kapar. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.