PPIM Nafi Bantu Doktor Gigi Palsu

 

KUALA LUMPUR – Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menafikan bahawa desas desus bahawa pihaknya membantu mengumpul dana bagi membebaskan seorang wanita yang disabitkan bersalah kerana menyamar sebagai doktor gigi palsu.

Menurut beliau, hanya khidmat nasihat yang diberikan kepada keluarga wanita dan bukannya seperti yang didakwa oleh netizen bahawa pihaknya membantu wanita terbabit membayar RM70 ribu.

“Kita sebenarnya tidak tahu apa yang jadi isu sebenarnya dan berasa kesal melihat komen-komen yang berniat jahat. Apa (kesalahan) yang kita buat dan buktikan jika ada.

“Jangan buat budaya Hang Nadim, kita kena ubah, kalau tidak negara akan hancur. Mungkin ini panggilan untuk lihat kembali apa yang tidak kena dalam diri kita,” katanya ketika ditemui media pada sidang media petang tadi.

Beliau juga turut menegaskan bahawa pihaknya tidak terlintas untuk membantu wanita tersebut membuka klinik gigi namun hanya mencadangkan agar beliau membuka perniagaan lain.

“Jangan lontarkan tuduhan secara tidak bertanggungjawab. Kena ingat supaya kita lebih bertanggungjawab dan disebabkan sifat sebeginilah isu dadah tidak selesai,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengeneai sumbangan yang diterima, PPIM Zharif Johor menegaskan bahawa ia diberikan oleh sebuah kelab permotoran yang dikatakankaitan dengan keluarga wanita terbabit.

“Kami difahamkan kelab permotoran itu juga ada berkait dengan keluarga doktor gigi palsu tersebut.

“Segala kutipan wang berkenaan tidak melibatkan PPIM sama sekali. Ini dilakukan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM) yang turut terlibat secara langsung dengan mempromosikan poster dan kutipan dana secara keseluruhan,” katanya.

Terdahulu, wanita yang dikenali sebagai Nur Farahanis Ezatty Adli dijatuhkan hukuman sebanyak RM70 ribu setelah beliau mengaku bersalah dancsekiranya gagal membayar denda beliau boleh dikenakan hukuman penjara selama 6 bulan.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.