Polis Pegang Tangan Pelacur, Ditukar Serta Merta

JOHOR BAHRU – Seorang anggota unit rondaan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat ditukarkan serta merta selepas didapati bermesra dengan seorang gadis dipercayai pelacur di daerah itu semalam.

Tindakan itu diambil polis Johor setelah gambar anggota tersebut yang kelihatan ‘mesra’ dengan seorang wanita tular dalam media sosial sejak hari ini, lapor Utusan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, tindakan itu diambil serta merta setelah pihaknya dimaklumkan perkara tersebut. 

Beliau turut memberitahu siasatan berhubung kejadian itu sedang  dijalankan. 

Menerusi gambar yang ditularkan itu, anggota polis berkenaan kelihatan memegang tangan seorang wanita yang hanya berpakaian seluar pendek dan bersinglet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.