Permintaan MTUC, RM1,800 Hanya Naikkan Darah Majikan

Ahad lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu gaji minimum yang diperkenalkan pada tahun 2012 dinaikkan kepada RM1,800 dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat. Walaupun gesaan itu sesuatu yang baik untuk pekerja namun penetapannya perlu dilihat kepada banyak aspek.

Gesaan itu dibuat oleh MTUC dalam tuntutannya menjelang Bajet 2018 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada akhir bulan ini.

“MTUC mahu gaji minimum dinaikkan sebanyak AS$50 (sekitar RM200) seminggu atau AS$200 (sekitar RM800) sebulan di mana ia akan membawa kepada gaji minimum yang dicadangkan RM1,800,” demikian kata Setiausaha Agung MTUC, J Solomon.

Pada dasarnya Gaji minimum di Malaysia telah ditetapkan sebanyak RM1,000 sebulan bagi semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang ditetapkan mengikut Perintah Gaji Minimum 2016.

Selain kepada aspek kos sara hidup, penetapan gaji minimum kepada RM1,800 ini perlu dilihat kepada kemampuan majikan. Umpamanya pembantu rumah, mampukah majikan membayar sehingga RM1,800 kepada amah mereka.

Penetapan gaji yang tinggi itu juga bakal menyebabkan pelabur melarikan diri kerana kos buruh yang mahal. Mereka pastinya akan tertumpu di negara yang mana kos buruh adalah rendah termasuk Vietnam.

Sekiranya gaji minimum ditetapkan RM1,800, kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing.

Sekiranya perkara ini berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.