PAS Seru Rakyat Halang Parti Pengkhianat Jemput Campur Tangan Asing

KUALA LUMPUR – PAS mengajak rakyat Malaysia menolak parti politik atau mana-mana pihak yang yang cuba merungkai asas perlembagaan negara, lapor portal Sinar.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia boleh disifatkan sebagai tindakan pengkhianat dan wajib disingkirkan.

“PAS menganggapnya sebagai pengkhianat negara yang wajib disingkirkan oleh rakyat, sama ada melalui pilihan raya atau tindakan undang-undang yang berani, demi menyelamatkan negara dan rakyat,” ujarnya.

Mengulas tindakan pihak tertentu menjemput campur tangan asing dalam urusan politik negara ini, Abdul Hadi menyeru rakyat Malaysia menghalang tindakan tersebut.

“Walaupun adanya kelemahan dalam pengurusan atau bersifat penyelewengan sekalipun, PAS menolak tindakan membakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

“Sepatutnya Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 jangan diulang lagi, begitu juga ruang campurtangan asing yang berlaku di negara lain oleh pihak yang menjemput mereka hendaklah dihalang lebih awal,” katanya.

Terdahulu, pada 2015 dua orang penyokong kuat Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah terbang ke Amerika Syarikat bertemu dengan FBI dan Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ).

Semasa di Amerika, Matthias Chang and Khairuddin Abu Hassan dilaporkan mendapat bantuan Timbalan Pengarah FBI ketika itu, Andrew McCabe yang kemudiannya turut serta dalam sidang media Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch’s berkaitan 1MDB.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS turut mendapat tempias buruk apabila media asing yang cenderung menyokong Dr Mahathir iaitu Sarawak Report, yang dikendalikan Claire Rewcastle-Brown menuduh PAS menerima rasuah RM90 juta menerusi dana milik 1MDB.

Kes saman PAS terhadap Claire kini dalam proses perbicaraan di Mahkamah England. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.