Harimau Bintang Ceroboh Kilang

New Delhi – Sebuah kilang kereta terbesar di India terpaksa ditutup selama 36 jam selepas seekor harimau bintang menceroboh kawasan berkenaan.

Haiwan itu dikesan kamera keselamatan di kilang pengeluaran Maruti Suzuki di bandar Manesar pada Khamis lalu yang mengeluarkan sejuta kenderaan setahun.

Selepas semua pekerja mengosongkan kilang itu, seramai 200 anggota polis dan pegawai hidupan liar melancarkan operasi memburu harimau berkenaan.

Pasukan itu juga menggunakan kambing hidup dan daging segar sebagai umpan tetapi harimau berkenaan tidak keluar dari persembunyiannya.

Bagaimanapun, selepas 36 jam, harimau itu dikesan kelmarin di lokasi pertama ia dilihat di kilang berkenaan.

ADVERTISING

“Anggota hidupan liar berjaya menembak harimau itu dengan ubat pelali sebelum menangkapnya,” kata jurucakap polis Manesar, Ashok Bakshi.

Menurutnya, harimau itu dipindahkan dari kawasan kilang dan selepas pemeriksaan kesihatan, haiwan berkenaan akan dilepaskan ke dalam hutan.

Menurutnya, tiada siapa yang cedera dalam kejadian berkenaan dan kawasan kilang itu diisytiharkan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.