Guru Dijatuhkan Hukuman Penjara 16 Bulan Kerana Lakukan Hubungan Seks Dengan Pelajarnya

Seorang guru wanita di London, yang melakukan hubungan seks dengan seorang murid lelaki berusia 15 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan.

Alice McBrearty (23) mengakui menjalinkan hubungan selama empat bulan dengan seorang murid lelaki di sebuah sekolah di London timur.

Dalam perbicaraan di Mahkamah , Snaresbrook mendedahkan McBrearty telah mencium pelajarnya dalam kelas, dan melakukan hubungan seks di rumah ibu bapanya di Wanstead Park, timur London.

Dia didapati bersalah atas tuduhan pelanggaran terhadap tujuh peraturan tentang kegiatan seksual terhadap kanak-kanak.

Peguam yakin, hubungan itu bermula apabila guru McBrearty mula menghantar mesej permintaan persahabatan di Facebook pelajarnya.

Peguam Lisa Matthews berkata, remaja itu, yang namanya tidak dapat disebutkan, “merasa istimewa” dan “kelihatan tergila-gila” dengan McBrearty.

Sidang mahkamah menyatakan pasangan itu bertemu di beberapa lokasi, termasuk sebuah hotel yang disewa oleh McBrearty dan membuat hubungan seksual.

Hubungan mereka terhenti apabila ayah lelaki itu menghubungi polis.

McBrearty meletakkan kepalanya di tangannya dan kelihatan teresak-esak ketika dijatuhkan hukuman oleh hakim Sheelagh Canavan.

Hakim menjelaskan dia sebagai “seorang wanita muda yang cerdas, pintar dan berbakat sepatutnya dapat membezakan mana yang benar dan salah,” tetapi tetap juga melakukan “pelanggaran kepercayaan yang paling berat”.

“Anda mempunyai hubungan seksual dengan seorang budak lelaki berusia 15 tahun,” kata dia.

“Saya tahu bahawa budak 15 tahun itu akan setuju dan tidak akan menolak penawaran menarik itu.”

“Saya terima bahawa anda percaya ini merupakan sebuah percintaan yang menyeronokkan, anda mencintainya dan begitu juga sebaliknya, dan umur bukan menjadi masalah. Tetapi ternyata itulah masalah.”

“Sepatutnya anda perlu memastikan dia dalam keadaan selamat, membantu dia membuat keputusan yang tepat, tetapi sebaliknya anda sendiri membantu dia membuat kesilapan.”

Emma Shafton, peguamnya, mengatakan pelanggannya, yang bukan lagi seorang guru, merasakan “kehormatannya jatuh.”

“Dia sangat berasa malu dan terhina disebabkan kes itu,” katanya di kompas.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.