Duit Mas Kahwin Dikebas, Lelaki Ditipu Wanita Cantik

Seorang lelaki Thailand tertipu dengan seorang wanita cantik yang bakal menjadi isterinya.

Lelaki berusia 32 tahun itu menganggap dia telah menemui cinta dalam hidupnya.

Tetapi pada hakikatnya dia tertipu dengan wanita cantik.

Lelaki miskin bernama Boonchuay Moontham, itu telah bertemu dengan Arisa yang terkenal di kawasan Nava Noakorn, Thailand.

Menurut lelaki itu, pertemuan pertamanya berlangsung pada 3 September lalu, dimana ia merupakan cinta pada pandangan pertamanya, kerana melihat wajah Arisa yang sangat menawan.

Selepas itu, mereka sering berjumpa. Tidak lama selepas perkenalan mereka, Arisa memperkenalkan Boonchuay kepada ibu bapanya.

Nampaknya Arisa tidak merancang untuk menangguhkan hubungan itu dan mahu menjalinkan hubungan mereka dengan lebih serius.

Selepas hanya tiga minggu, keluarganya meminta sesuatu yang tidak masuk akal bagi membuktikan bahawa adakah teman lelaki Arisa itu benar-benar serius mengenai hubungannya atau tidak.

Mengetahui pekerjaan lelaki itu di sebuah kilang, keluarganya mengenakan mas kahwin yang tinggi sekiranya mahu meneruskan hubungan tersebut.

“Saya menawarkan mas kahwin sebanyak THB 20,000, tetapi ibunya menginginkan THB 50,000. Jadi saya menerima keputusan itu kemudian mengambil THB 30,000 dari akaun bank dan memberikannya kepada mereka, “kata Boonchuay.

Tepat selepas pertunangan, Arisa mula menunjukkan tindak tanduknya yang sebenar.

Wanita itu langsung tidak muncul malah hilangkan diri dari aplikasi telefon atau LINE.

Selepas itu, Boonchuay sedar dan yakin bahawa Arisa mungkin telah menipunya dan kemudiannya telah melarikan diri bersama mas kahwin yang diberikannya.

Boonchuay segera melaporkan Arisa kepada polis.

Bagaimanapun, Boonchuay sekali lagi ditipu apabila termakan pujuk rayu arisa kemudiannya mengadakan majlis pertunangan keesokan harinya.

Namun, sekali lagi ia hanyalah sandiwara Arisa.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.