“Demokrasi Dalam DAP Ibarat Korea Utara” – Puad Zarkashi

‘Demokrasi’ DAP tidak ubah seperti amalan demokrasi Korea Utara yang mengekalkan pemerintahnya bagi tempoh masa yang lama, kata Panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ujarnya, sepertimana Korea Utara yang tidak mempunyai pilihan raya tetapi menggelarkan negaranya sebagai ‘Democratic People’s Republic of Korea (DPRK)’, begitulah juga DAP menggelarkan dirinya sebagai ‘Democratic Action Party’ tetapi tidak mengamalkan demokrasi.

“Sebab itu Lim Kit Siang boleh bertahan lama kerana sistem pemilihan partinya amat tidak demokratik,” ujarnya dipetik satu kenyataan.

Katanya, akibat daripada sistem pemilihan tidak demokratik, Pendaftar Pertubuhan (RoS) sehingga kini enggan meluluskan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan.

“Parti itu sendiri dikuasai oleh Dinasti Lim termasuk Lim Kit Siang yang masih berkuasa hampir 52 tahun,” tegasnya.

Dalam pada itu, Puad turut mengulas penafian Kit Siang dalam berhubung hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Kata Kit Siang, beliau tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, namun menyimpan hasrat agar Malaysia akan mempunyai Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu suatu hari nanti.

“Saya harap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun (seperti Amerika Syarikat yang tertubuh pada 1776) sebelum orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri, tetapi saya tidak menjangka ia akan berlaku pada abad ke-21 ini,” kata Penasihat DAP itu.

Kata Puad, mempercayai Kit Siang tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri adalah sama seperti mempercayai DAP sebuah parti demokrasi.

Ujarnya, walaupun penafian Kit Siang dibantu oleh rakan politik barunya, Tun Dr Mahathir Mohamad, ianya tidak akan memadam dakwaan bahawa veteran DAP itu tidak menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

“Rambut sama hitam tapi hati lain lain. Apa pun penafian dan siapa pun yang tolong menafikannya, tidak ada siapa yang akan percaya,” tegas Puad.

Justeru kata Puad, peribahasa “We cannot judge a book by its cover” sesuai digunakan untuk menyindir penafian Lim Kit Siang.

“Dia boleh menafikan, tetapi sudah tentu dia ada banyak muslihat termasuk memulakannya dengan melantik “Perdana Menteri Puppet” hakikatnya dialah Perdana Menteri,” katanya lagi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.