Shafie Apdal Nafi Ada Kaitan Dakwaan Penyelewengan Projek RM3.3 Bilion

KOTA KINABALU – Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau dan bekas kementeriannya itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion membabitkan sebuah jabatan kerajaan di Sabah.

 

 

Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata, beliau juga tidak mengenali dua orang pegawai kanan jabatan itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan itu, petik Bernama.

 

 

Pada Selasa lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, berikutan dakwaan penyelewengan itu.

 

 

“Saya memberi sokongan terhadap siasatan yang sedang dijalankan SPRM. Saya berharap jangan ada spekulasi kerana siasatan masih dilakukan dan saya bersedia memberi kerjasama kepada SPRM,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.