Robert De Niro Ingin Tumbuk Trump Sifatkannya Sebagai Anjing, Babi

Pelakon legenda Hollywood, Robert De Niro memaki dan menggelarkan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai anjing dan babi.

 

 

Ucapan tersebut disampaikan dalam sebuah video pendek yang tidak dapat digunakan untuk kempen #VoteYourFuture.

 

 

“Dia anjing, babi, penipu, dan orang bodoh yang tak tahu apa yang dia sendiri katakan.”kata De Niro.

 

 

Menerusi video tersebut, De Niro turut menyuarakan keinginannya untuk menumbuk Trump.

 

 

“Dia (Trump) selalu bercakap tentang menumbuk muka orang. Saya pun mahu tumbuk muka dia.

 

 

“Saya amat marah kerana kerana negara ini sudah sampai ke tahap ini, si bodoh ini berada pada kedudukannya sekarang (sebagai calon Presiden),”ujarnya.

 

 

Pemenang Academy Award itu juga melabelkan Trump sebagai sesuatu yang memalukan negara.

 

 

Kempen #VoteYourFuture menampilkan selebriti Hollywood antaranya Samuel L. Jackson, Leonardo Dicaprio, Julia Roberts. Anne Hathaway, dan Emma Stone.

 

 

Video selebriti itu mengajak rakyat Amerika mengundi tanpa cenderung kepada mana-mana parti bertanding.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.