Polis Nafi Beri Diskaun Saman 15 November Ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan pihaknya memberi diskaun kepada orang ramai sekiranya membayar saman pada 15 November ini.

 

JSPT Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, terdapat individu tidak bertanggungjawab menyebarkan rakaman suara di aplikasi WhatsApp menggesa orang ramai membuat pembayaran pada hari itu bagi menikmati pengurangan harga.

 

“Pihak JSPT menafikan kesahihan maklumat ini, masyarakat diminta agar tidak terpengaruh dengan sebarang mesej viral yang tidak diketahui kesahihannya,” kata kenyataan itu.

 

Kenyataan itu menambah, orang ramai diingatkan supaya membuat rujukan di Portal Rasmi PDRM (Bahagian Info Trafik) sebelum membuat sebarang penyebaran maklumat.

 
Rakaman suara yang viral di aplikasi WhatsApp itu menasihatkan orang ramai membayar tunggakan saman pada 15 November dan mendakwa maklumat tersebut, telah diterima daripada seorang sumber yang tidak dinamakan daripada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.