Polis Ambil Tindakan Tegas, Kenyataan Hasutan Jamal

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata kenyataan Presiden Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos yang dimuat naik di laman Twitter peribadinya adalah berbau hasutan.

 

 

Menurut Khalid, kenyataan yang dikeluarkan Jamal tidak boleh diterima dan pihak Polis DiRaja Malaysia akan mengambil tindakan tegas ke atas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu.

 

“Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. @PDRMsia akan ambil tindakan tegas dgn segera,” tulisnya.

 
Jamal dalam Twitter peribadinya bertarikh 21 September lalu, berjanji tragedi berdarah 13 Mei bakal berulang sekiranya perhimpunan Bersih 5 akan diteruskan pada 19 November depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.