Pensyarah Makkah Bunuh Bapa, Adik Tikam Ibu

MAKKAH – Seorang pensyarah universiti dipercayai menikam mati bapa, adik perempuannya berusia 20 tahun dan menikam ibunya sebelum membuat cubaan membunuh diri di Al-Shouqiyah di sini, khamis lalu.

 

Agensi melaporkan, sumber tempatan menyifatkan pembunuhan itu mengejutkan komuniti akademik di seluruh Arab Saudi.

 

Bekas Rektor Universiti Umm Al-Qura, Adel Ghabashi, berkata apa yang lebih mengejutkan lagi adalah hakikat bahawa penjenayah adalah seorang pensyarah universiti.

 

“Pihak universiti perlu menjalankan pemeriksaan status mental pekerjanya secara berkala,” kata Gabashi.

 

Tambah sumber, ketika kejadian ibunya yang cedera berjaya melarikan diri dan mengunci suspek di dalam rumah. Dia kemudian lari ke rumah jiran sebelum menghubungi polis.

 

Wanita itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kini semakin pulih,” kata sumber itu lagi. Kes itu akan diserahkan ke Biro Siasatan dan Pendakwaan Awam hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.