Peniaga ‘Nasi Lemak Anak Dara’ Terima Ijazah

BATU PAHAT – Gadis yang viral dengan perniagaan ‘nasi lemak anak dara’, Siti Hajjar Ahmad, 24, menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik, pada sidang kedua Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, semalam.

 

Ijazah terbabit disampaikan Pro Canselor UTHM, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

 

Siti Hajar berkata, dia gembira apabila usaha dan cita-citanya mengenggam segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan tercapai.

 

“Saya bersyukur dan agak beremosi hari ini kerana ibu juga turut hadir di sisi saya.

 

“Saya akan tetap memberi fokus terhadap perniagaan nasi lemak anak dara, namun turut merancang mencari pekerjaan dalam bidang yang dipelajari,” katanya.

 

Siti Hajjar yang juga anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ditemani ibunya, Asmah Senapi, 50, dalam majlis konvokesyen itu. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.