Hanya Lakar Peta, Posmen Berjaya Hantar Surat Kepada Pemilik

DUBLIN – Hanya berdasarkan lakaran peta tulisan tangan pada sampul, seorang posmen berjaya menghantar sepucuk surat kepa­da pemiliknya.

 

Pekerja rumah api Hook di kawasan terpencil semenanjung Hook di tenggara Ireland, berkongsi surat kiriman daripada pengirimnya, Red Dave yang gagal mengingati nama rumah api  tersebut dengan hanya melukis peta kawasan itu, tertera anak panah ‘Di sini.’

 

Menurut laporan laman web msn.com melalui Facebook milik rumah api Hook, mereka turut memuat naik gambar sampul surat berkenaan.

 

Pengirim itu bernasib baik apabila perkhidmatan pos Ireland menyifatkan lakaran peta itu sudah memadai sebagai alamat dan surat tersebut selamat sampai kepada penerimanya.

 

“Tahniah kepada posmen yang berjaya menghantar surat ini melalui lakaran peta yang dilukis Dave,’’ katanya.

 

Tidak diketahui sebab Dave memutuskan untuk melukis peta berbanding mencari alamat, namun begitu rumah api Hook telah mendedahkan isi kandungan surat berkenaan.

 

Surat itu dikirimkan Dave bagi melahirkan perasaan gembiranya dan betapa dia menyukai rumah api Hook.

 

Poskod hanya diperkenalkan di Ireland pada tahun lalu selepas 56 tahun digunakan bagi memudahkan penghantaran surat di United Kingdom.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.