Dr Mahathir Mahu Pujuk PAS Bekerjasama Dengan DAP

PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad berharap dapat membantu PAS mengatasi kebencian terhadap DAP, mengingatkan parti Islam itu yang sebelum ini memperoleh keuntungan dalam pilihan raya kerana undi kaum Cina.

 

Bercakap pada forum di sini hari ini, Dr Mahathir berkata: “Saya berharap dapat berbincang dengan PAS untuk menjelaskan yang jika mereka tidak mahu berada dalam gabungan dengan kita, mereka sebenarnya akan membantu kerajaan dan akan kehilangan banyak kerusi.”

 

Dr Mahathir juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baharu, yang bertujuan untuk membina barisan pembangkang bersatu menentang Barisan Nasional (BN).

 

Beliau berkata, pembangkang akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang jika parti Islam itu enggan bekerjasama dengan parti lain.

 

PAS bertelagah dengan DAP berhubung rancangan melaksanakan hukuman jenayah Islam di Kelantan, yang menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat.

 

Pakatan baharu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan ditubuhkan antara PKR, DAP dan parti Amanah, yang dibentuk daripada serpihan PAS.

 

Menjawab soalan di forum itu, Mahathir berkata ia “sangat menyedihkan” apabila PAS menolak untuk bekerjasama dengan DAP.

 

“Bilangan ahli-ahli PAS terpilih meningkat dengan bekerjasama dengan DAP kerana pengundi Cina membantu PAS menang di kawasan di mana terdapat cukup bilangan besar pengundi Cina,” katanya.

 

Ditanya bagaimana beliau boleh berdamai dengan PAS sedangkan dalam masa yang sama menentang rancangan PAS mengenai hudud, Dr Mahathir berkata parti pembangkang tidak perlu memberi fokus kepada perbezaan jika mereka mahu menggulingkan BN.

 

“Terdapat perbezaan antara kami, tetapi jika kita menekankan perbezaan, kita tidak boleh bekerjasama.

 

“Oleh itu, kita mahu bertindak untuk menukar kerajaan yang sangat menindas. Ia tidak liberal. Selepas itu, kami akan menangani masalah bersama-sama,” katanya, menurut Malaysiakini. – Fmt

One thought on “Dr Mahathir Mahu Pujuk PAS Bekerjasama Dengan DAP

  • October 9, 2016 at 9:36 am
    Permalink

    PAS, prinsip sendiri adalah lebih penting dan dihormati dari menggadai marwah kepada kafir harbi. Pengalaman menunjukkan PAS amat rugi berkerjasama dengan kafir harbi, rugi di dunia dan akhirat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.