Video: Dana Parti MIC Disalahguna, Dakwa Bekas Bendahari

KUALA LUMPUR – Bekas Bendahari MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa parti MIC telah menyalahgunakan dana parti berkenaan.

 

Menurut beliau, MIC telah menerima sumbangan untuk parti tersebut sebanyak Rm 11 juta namun ia bukan jumlah sebenar yang diterima kerana nilai sebenar adalah RM 44 juta.

 

“Apa yang membimbangkan ialah jumlah yang diterima bukanlah 11 juta.

 

“Kami ada penyata bank, jumlah sebenar wang yang diterima oleh Bendahari MIC pada ketika itu ialah Senator Datuk Jaspal Singh ialah 44 juta,” ujarnya etika ditemui media di HGH Convention Centre Sentul.

 

Menurut beliau, jumlah sebenar ini tidak dapat dilihat di dalam laporan tahunan adalah kerana ia telah dimasukkan ke dalam satu akaun khas.

 

“Pasti semua terkejut kenapa ia tak ada dalam laporan AGM, pastinya kerana akaun khas telah dibuat.

 

“Akaun khas ini dibuat untuk tujuan tertentu dan ia telah menerima wang berjumlah RM33 juta.

 

“Persoalan saya ialah dimana perginya RM 33 juta ini dan kenapa ia berada dalam akaun ini,” ujarnya. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.