Brad Pitt Tidak Terurus, Masih Cintakan Angelina Jolie

Kehidupan bintang kacak, Brad Pitt kini berubah drastik sejak perceraian lalu.

 

US Weekly melaporkan, menurut sumber terdekatnya, dikhabarkan masih mencintai bekas isterinya, Angelina Jolie.

 

“Pitt tidak percaya hidupnya akan jadi seperti ini dan dia kini dalam keadaan teruk. Anak-anak adalah satu-satunya sumber kekuatannya.

 

“Dia juga bersandar pada keluarganya. Meluah perasaan pada keluarga, kawan-kawan terdekat dan pengurusnya. Ibunya juga berterusan memberi kata-kata semangat kepadanya,” kata sumber itu.

 

Dalam pada itu, Pitt masih belum bebas daripada tuduhan kekerasan yang dilakukannya terhadap Maddox.

 

Tindakan kekerasan itu didakwa berlaku semasa Pitt dalam keadaan mabuk selepas pasangan itu bersama anak-anak mereka dalam perjalanan pulang dari Perancis.

 

Terdahulu, penyebab perceraian antara Brad Pitt dan Angelina Jolie Pitt apabila Jolie mencemburui skandal Pitt bersama Marion Cotillard. Pitt juga didakwa melakukan kekerasan terhadap salah seorang anak angkat mereka iaitu Maddox.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.