Video: Pasar Lama Chow Kit Terbakar

Kuala Lumpur – Pasar Chow Kit dilaporkan terbakar dalam kejadian lewat malam semalam.

 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, mereka menerima laporan kebakaran kira-kira jam 12.26 malam dan keseluruhan api dapat dikawal sepenuhnya.

 

 

“Siasatan awal mendapati kawasan pasar yang terbakar seluas 1,000 kaki persegi melibatkan pasar lama Chow Kit.

 

“Seramai 28 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul dan Hang Tuah dengan kekuatan tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

 

Tiga jentera tersebut dari balai bomba Titiwangsa, Sentul dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

Punca kejadian masih disiasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.