Video Kanak-Kanak Diculik Viral Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden seorang kanak-kanak diculik oleh dua lelaki sedang viral di media sosial hari ini.lim

 

Kejadian dikatakan berlaku di Jalan Sungai Chua Taman Setia, Kajang pagi tadi.

 

Rakaman yang berdurasi 1 minit 13 saat itu menunjukkan ibu mangsa ditemani anaknya yang berusia 5 tahun sedang bercakap dengan seorang lelaki berbaju hitam yang bertanyakan jalan diikuti kehadiran seorang lagi rakan lelaki tersebut.

 

Selang beberapa ketika, lelaki pertama meluru dan dengan pantas membawa lari kanak-kanak malang tersebut ke dalam kereta berdekatan.

 

Ibu kanak-kanak itu dilihat menjerit sambil cuba mengejar sebelum ditolak oleh rakan lelaki tersebut hingga terjatuh.

 

Sumber dari Facebook Cammi Lim Ker Shing, memberitahu kedua-dua penculik tersebut menaiki Proton Saga berwarna hitam dengan nombor plet WST 2936. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.