Video: Jangan Jawab Kenyataan Tun Mahathir – Adnan Yaakob

Ampang – Menteri Besat Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa agar pihak-pihak tertentu untuk tidak menjawab kritikan yang dilemparkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Beliau ketika ditemui SuaraTV malam tadi menyifatkan, tindakan menjawab semua kenyatan yang dilemparkan itu tidak akan membawa sebarang faedah.

 

 

“Apa yang dibuat oleh Tun Mahathir ini kita boleh baca dan kita boleh dipertimbangkan, saya tidak bersetuju kalau ada pihak-pihak yang cuba untuk menyangah atau menjawab (kritikan tersebut), ia tidak akan membawa apa-apa kesan dan tidak mendatang sebarang faedah.

 

“Yang pentingnya kenyataan Tun Mahathir itu kita ambil tahu dan kita beri pertimbangkan mana yang boleh dan kalau boleh jangan jawab sebab kalau timbulkan perbahasan sampai bila pun tak selesai” katanya sejurus selepas mengadakan program penerangan bersama UMNO bahagian Ampang, malam tadi.

 

Adnan turut turut menyarankan agar semua pihak mengambil pendekatan terbuka terhadap kritikan yang dilemparkan itu.

 

“Kalau ada yang baik kita terima, namun sekiranya ada yang tidak baik kita jangan jadikan modal untuk perbahasan”

 

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mahu melihat bekas timbalan perdana menteri menjadi pemimpin yang mengetuai negara, Adnan menyifatkan itu sebagai pandangan peribadi beliau.

 

“Itu pandangan beliau (namun) pandangan ahli-ahli UMNO dan masyarakat mungkin berbeza… tak apa, Tun telah menyatakan pandangan dia (jadi) kita dengarlah” komennya ringkas.

 

Terdahulu ketika diwawancara majalah The Diplomat, mengenai pemimpin mana yang beliau fikirkan akan menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menjawab: “Saya rasa biasanya ia mungkin bekas timbalan presiden Umno”.

 

Dr Mahatahir bagaimanapun tidak menamakan pemimpin yang dimaksudkan itu. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.